.Monday, September 10, 2007 ' 3:00 PM x
Aku menatap cebisan warkah yang telah lusuh itu. Aku
masih dapat membaca beberapa perkataan yang masih terang
and begitu menangkap perhatianku. "Jagalah anak ini seperti
anak kandungmu sendiri wahai sahabatku..." Tiba-tiba
dengupan jantungku bergerak pantas. Fikiranku bercelaru.
Aku mengesat air mataku yang deras membasahi pipiku. Aku
terkenang nasibnya yang begitu malang. Aku teringat pada
masa dia memincingkan matanya untuk menahan kesakitan semasa
ditembak oleh tentera jepun itu. Mereka begitu zalim!
Mereka mementingkan diri sendiri! Aku masih mampu mengimbas
kembali segala yang terjadi. Mayat-mayat orang kita terkulai
layu di merata-rata tempat. Oh, begitu seksanya hidup
kami di masa lampau!
"Mak?" seseorang mengurut bahuku. Rupa-rupanya Rasdan,
anak sahabatku yang kian membesar. Aku melepaskan senyuman
yang seharum sukma lalu dia bersiul menunjukkan kegembiraan
yang berlabuh dihatinya. Anak ini, sudah aku anggapnya
seperti anak kandungku. Tetapi, mampukah aku memberitahunya
segala rahsia yang bertahkta di hati? Aku rasa ini sudah
masanya aku memberitahunya hal sebenar. Aku mengetap bibirku.
"Mak, kenapa begini? Ras tengok mak begitu kusut fikirannya.
Mak rindukan Ras ya?" Rashdan berdekah-dekah ketawa. Aku
hanya mampu mengukirkan senyuman yang manis baginya. Aku
akui, selama ini aku juga yang membesarkannya dengan segala
berkat yang diberi dari yang Maha Esa. Anak inilah tempat
aku mengadu dan tempat aku berbual. Kini, dia sudah masak
dengan perangaiku hingga dia dapat merasakan ada sesuatu
yang ingin aku sampaikan kepadanya. Peluh merenik-renik
kasar didahiku. Begitu payah untukku membuka mulutku. Ia
berasa seperti kerongkongku disumbat oleh batu sebesar
penumbuk.
"Rashdan, anakku," aku memandang ke lantai sampai terenjut
-enjut bahuku menahan sebak. Rashdan dengan rakus memaut
lenganku. "Ya, mak?" nada suaranya penuh dengan tanda tanya.
"Rashdan tahu tak bahawa Rashdan bukan anak mama yang sebenar?"
aku bertanya lalu menghela nafas panjang. Rashdan mengangguk.
Aku terpaku melihat kelakuanya, yang tiba-tiba menuding
lurus jari telunjuknya kearahku. "Rashdan sudah terbaca apa
yang tersirat dalam warkah itu mak, Rashdan tahu segalanya.
Oleh kerana itulah, Rashdan akur dengan apa yang telah terjadi.
Mak telah banyak tolong ayah Rashdan. Rashdab amat beruntung
mendapat mak yang sebaik mak ini. Rashdan sayang mak!" Rashdan
menyembamkan mukanya ke dadaku. Lantas, aku peluknya erat-erat.
Aku berpuas hati mendengar penjelasan darinya. Selama ini,
kasih sayangnya terhadapku begitu ikhlas sekali. "Adakah mak
akan meninggalkan Rashdan sekali lagi?" tiba-tiba dia bersuara.
Aku tersentak seketika. "Kalau ya, bagaimana?" aku mengeluarkan
suatu jenaka sarkastik. Huraian ketawa bergema di bilik itu.
Aku memandangnya dengan penuh bermakna, lalu aku mengusap-usap
dahinya dan berkata, "Tidak anakku, tidak."
TAMATTulisan yang telah di
italicskan adalah soalan
bagi permulaan cerita ini. Setiap murid yang ingin
melaksanakan soalan ini harus bermula dengan berikut.
Whoa. *Switching back to channel 5* Kind of draggy
and emotional huh? Some say this essay's structure is like
a chapter in a novel. Since the ending, signifies it.
Please rate okay? Using barbie heads. The more barbie heads
(e.g 5 barbie heads rating) the better it is. Thanks (:
Labels: Life Story.
I have tried farcical. Now what else?